Thursday, December 6, 2007

Awek Bosnia Herzegovina Yang Bernama Sercheiy Deuleila



assalamualaikum wbrth.. izaayukum antum kullukum? ehehe.. seri sekarang bz layan tokmi..kereta baba dah siap repair..mama pun dah pulang dari alexandria seminggu saja mama kat sana. seri pertama kali berpisah dengan mama. rasa sepi juga lah. tetapi lama kelamaan seri mula serasi dan mula biasa bersama tokmi dan waktu malam tokmi tidur baba pula turn jaga seri. pukul 3-4 pagi pun baba salin lampin..ehehe kesian baba. kita orang dah mula shopping barang-barang tokmi sekarang. tokmi suka periuk tefal, cadangnya nak beli sebiji yang besar. bila dah pergi..biasalah orang perempuan kan, tokmi tu kiranya dikalangan orang yang paling tak suka shopping pun, akhir nya terpengaruh juga dengan kecantikan dan keunikan periuk tefal. akhirnya tokmi beli 3 biji. lepas itu teman mama pergi kuliah lama mama. ada buat urusan lagi sambil jalan-jalan. singgah mana-mana ambil gambar. tokmi kakinya kurang sihat lagi, jadi tak pergi lagi tempat-tempat yang memerlukan tokmi berjalan jauh. jadi kami perlahan-lahan serasikan tokmi dengan keadaan cairo. tokmi paling suka makanan arab yang dia dah belajar makan dulu-dulu dengan arwah tokbah. tokmi suka kosyari, batingan makhalil dan tokmiah. best nya seri dilayan bak puteri raja dikayangan. oklah semua, seri tak sempat letak banyak lagi gambar sebab tukang update blog tak ada masa. so letak sekeping gambar sebiji macam anak orang bosnia herzegovina. sesuai dengan tudung yang mama sarungkan itu memang orang bosnia suka pakai tudung begitu. kena pula dengan muka seri yang putih kepucatan sedikit kemerahan itu kan? wah perasannya. ok semua pada ammu/achik kat mesir, seri ucapkan selamat belajar dan menghadapi imtihan. bittaufiq wannajah. ok semua, sampai jumpa di lain semakan, wassalam.

Thursday, November 29, 2007

Ahlan Wasahlan Tokmi



assalamualaikum wbrth semua..
apa khabar pakcik-pakcik dan makcik-makcik seri? harap semuanya sehat walafiat. seri sekeluarga sihat alhamdulilah. ditambah keceriaan bila nenek seri (ummi baba) datang jalan-jalan ke mesir sempena cuti sekolah ni. tokmi seri ni seorang cikgu. selepas seri lahir 47 hari seri terus berpisah dengannya. kerinduan yang tak tertahan lagi akhirnya tokmi datang untuk tinggal bersama seri selama sebulan lebih. dapatlah seri bermanja dengan sesuka hati sehingga tokmi yang kurang sihat pun makin tak sihat dek kerana karenah seri yang semakin manja. lebih-lebih lagi mama makin busy bila mula kuliah di alexandria. mama pun ada masa untuk study dan kelas tambahan, disamping itu kerap meninggalkan seri bersama tokmi untuk keluar buat urusan kuliah. baba pula busy dengan keretanya yang belum siap-siap lagi repair. lepas satu satu penyakit berjangkit. kesian baba sebab terpaksa lepaskan peluang pekerjaan yang datang dek kerana kereta rosak. semua itu dugaan yang bakal mematangkan kami sekeluarga. yang sedihnya, seri sepatutnya makin matang pemikiran sahaja, tapi perangai tak matang-matang juga, semakin suka meragam. ia lah kan dah tokmi duk duk menatang bagai minyak yang penuh, mana seri tak naik minyak. pun begitu seri yang semakin matang pemikirannya ini sudah mula cepat faham dan cepat ingat sesuatu. kalau tak demam, seri habiskan seharian seri selain meragam seri bermain dan melihat perkara yang menguatkan minda. alhamdulilah dengan cara itu tokmi, baba dan mama sudah boleh tersenyum dek kerana kepintaran seri. kesian tokmi terpaksa bekerja keras untuk rapat dengan seri yang susah rapat dengan orang lain ini. kesian sebab kaki tokmi kurang sihat, baru lepas operation terus datang mesir semata-mata seri. jasa dan kasih sayang tokmi insyALLAH seri akan balas bila besar kelak, amin. ok lah semua tak boleh bercerita panjang, sebab tukang taip tak punya banyak masa sekarang. update pun sekadar nak meletakkan secebis patah kata dan sekeping dua gambar sahaja untuk tatapan semua. ok lah, ilal liqa' ma'as salamah byee

Wednesday, October 31, 2007

Birthday Dan Hari Daya



hari ini 1 november 2007 genap usia seri satu tahun satu bulan. alhamdulilah ada perkembangan menarik diusia ini. malam tadi seri dah boleh berjalan dengan step yang kemas dan betul, tanpa perlu bantuan oleh mama dan baba lagi. syukurlah. mama lah orang paling gembira. dia kan risau anak dia kurang dari anak orang lain, lambat dari orang lain. ala semua ibu kan macam itu. kali ini seri posting gambar kek raya yang pasang lilin, hari itu tak sempat taruk sebab duk dalam kamera yang tak ada usb(kamera biasa la itu). baru saja pergi cuci gambar ini dekat kedai gambar cadeau di hayyu sabik. lepas itu dia bagi satu cd yang didalam cd itu ada semua gambar yang dicuci, bagus jugalah kamera manual pun boleh keluarkan gambar digital dalam cd asal cuci dikedai digital solution. ehehe.



ini pula gambar seri masa hari raya. mama belikan baju raya arab dekat seri. siap ada skirt ropol-ropol ada manik bagai. macamlah seri pandai menari gelek macam bebudak arab. masa hari raya lepas, meriah juga rumah kami dihadiri oleh ramai kawan-kawan baba dan mama dari jam 10 pagi sampai 10 malam. mama dan baba masak nasi beriyani dan kuah daging beriyani. lepas itu menu keluarga ialah rendang ayam sahaja dengan nasi himpit. malam itu masa masak dari jam 12 malam sampai ke subuh seri tak tidur langsung. sampai jam 8 pagi seri mula tidur sampai lah waktu asar. sedihnya tak sempat jumpa orang yang datang beraya awal. tak dapat sangat lah duit raya. itu pun ada amu din teluq bagi segeneh. tapi tak sempat raya dengan ammu din. selamat hari raya dan terima kasih iya ammu din bagi duit raya. bila seri bangun tidur ramai juga lah sempat seri beraya, tapi seri tak ada mood sebab tak cukup tidur. so apa lagi meragam la susah orang nak peluk seri. lepas itu pergi raya rumah kawan-kawan mama baru seri ok sikit hari raya kedua. hari raya pertama tak menarik langsung. lagi menarik hari raya seri masa umur 23 hari kat malaysia ramai datang melawat bagi duit raya kat seri. walaupun seri tak ingat pun siapa, ehehehe. tak apa lah ammu-ammu dan achik-achik datang melawat pun kira ok dah, mengeratkan hubungan silaturahim dan bermaafan kan. ok, sambung cerita malam raya itu. malam itu baba dan mama masak tanpa menghiraukan seri yang sedikit pun tidak meragam. apa tidaknya, baba pasangkan rancangan tomtombak sampai dekat sepuluh siri bertukar-tukar. seri duduk bersila hampir 6-7 jam menonton tanpa henti. seri suka sangat dengan tom tom bak itu. memang seri tak akan lupa menontonnya walaupun sehari. begitu lah ceritanya malam raya seri. oklah mama dah ajak seri pergi tidur. mama sekarangkan dah kena selalu tidur awal, sebab nak latih diri nak masuk kuliah bulan ini, kena bangun pagi fresh kan. biar baba saja sorang tidur. seri nak bangun tengok tom tom bak. hihihi. ok semua, salam sayang dari seri buat kali ini..assalamualaikummmmmmmm.

Sunday, October 21, 2007




kali ini pula cerita sepupu seri yang kedua yang tinggal di alexandria, anak moklong dan ayohlong. namanya iffah insyirah. waktu dia lahir 3 bulan lepas baba, mama dan seri sempat pergi melawat dia di alexandria selama 2 hari. setelah lama tak jumpa, akhirnya seri bersua kembali dengan sepupu seri yang kedua ini bila mereka sekeluarga datang berhariraya di rumah seri. setiap hari seri boleh bermain dengan iffah sekarang. iffah ini mulutnya lebih petah dari seri, walaupun umurnya hampir 3 bulan sahaja, tapi dia suka mengikut perbualan orang dan suka diajak bercakap. entah apa yang dia cakapkan seri pun tak faham. ala seri dulu pun macam itu juga kan. sekarang kami berkongsi buaian siangnya seri tidur pakai buai dan malam iffah pula yang pakai. kakak seri kan sayang adik iffah. begitulah gelagat kami seharian. kali ini seri sertakan gambar sepupu seri ini yang nama penuhnya iffah insyirah bt. ismail. umurnya hampir 3 bulan lahir di hospital alexandria. dia cakap pada seri, awal tahun depan dia nak balik malaysia. ala keseorangan lagi lah seri tak ada kawan. tak apa, kalau jadi akhir bulan 11 ni sepupu seri yang pertama, daniel hakim nak datang jalan-jalan ke mesir. seronok nya. ok lah semua, seri nak berhenti makan nasi, mama baru saja siap masak sup dan ikan goreng. makanan kegemaran seri sekarang tu tau, jangan marah. bye semua muachs tata.

Saturday, October 20, 2007

Sambutan First Birthday Seri




hai semua..rindu seri tak? maalish lah ya akibat line internet buat hal dan baba sibuk dah 3 keluaran patut seri posting tapi tak sempat. jadi seri akan posting satu persatu. dimulakan dengan posting birthday seri yang pertama pada 30 september lepas. hari tu tak lah menarik sangat, kebetulan seri bad mood. baba pun sedang urus urusan kuliah mama, jadi kelam kabut sikit. banyak juga gambar yang kami ambil dengan kek, tapi tak satu pun yang menarik. ni seri posting yang kira paling menarik untuk tatapan semua yang seri sayang kat sini ya. enjoyzz! tunggu 2 lagi posting seri akan keudara byeeeeeeeee.

Saturday, September 29, 2007

Alien Nyanyi Happy Birthday Kat Seri :)

Happy Birthday Seri Delaila #1


Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaa
rindunyaaaaaaaaaa seri kat semua kat sini. maaf lah internet kat rumah seri baru saja kembali syaghal. so baru sekarang baru boleh update blog

nak tahu tak? hari ini birthday seri yang pertamaaaaaaaaa
30/09/07 seri dah berumur 1 tahun, dilahirkan pada pukul 3.30am, yang mana waktu 3.30am tadi baba dan mama seri tengah bersahur. mereka berdua kejutkan seri dari tidur dan nyanyikan 'sanah helwa ya gamelah'. bestnya. petang ini seri nak sambut birthday kat carrefour. tunggu ya nanti seri update gambar kek birthday seri ya. ok semua, doakan seri semoga semakin pintar, cerdas, cergas dan sopan serta beradab. byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Wednesday, August 8, 2007


p/s: lupa nak taruk gambar sepupu pertama seri, kat malaysia. nama dia Muhammad Daniel Hakeem. umur dia sekarang 3 bulan setengah. nanti seri taruk gambar sepupu kedua seri yang kat alexandria ya. sekarang tak tahu lagi nama dia apa. ok, layan, zasssssssss.

assalamualaikum semua...wazzup2x
sorrylah lamanya seri tak posting kat blog seri kan?

maaflah ya. dah 5 hari pulang dari alexandria,

penatnya baru saja hilang. tapi pembawakan 'buat

perangai' alex tu masih lagi ada. cerita masa pergi

sana, macam alex ni tak suka sangat kat seri. iyalah,

ada beberapa sebabnya. satu, baba dan mama 'musta3gel'

sangat nak kesana, sebab seri dah dapat sepupu

kedua(anak moklong). sepupu seri ni dilahirkan awal

dari yang di jangkakan. jadi preparation untuk sambut

baby pun tak ada sangat la kan. jadi mama kesiankan

moklong, bawalah banyak barang-barang seri yang seri

dah tak pakai(sebab tak muat, dan outdated). bila

sampai sana, keadaan rumah yang tak bersedia, tentulah

tak sesuai dengan seri yang memang seorang yang

'homesick'. seri tak pernah tidur rumah orang lain,

tak pernah bermalam dirumah orang lain sehari suntuk.

lepastu pula, cuaca alex sebelah 'ibli' kurang nyaman

sebab rumahnya tersusun rapat-rapat. rumah ayohlong

ditutupi oleh empat imarah belakang, depan, kiri dan

kanan. seri kepanasan. jadi seri pun 'buat perangai'

lah. kesian baby sepupu seri tu, banyak seri nangis

dari dia, hihihi. baba pun tak ada tempat tidur, ya

lah dah tergesa-gesa macam tu, bilik tidur tetamu tak

sempat disediakan. tak apa, baba faham. baba pergi

tidur rumah kawannya. tapi kesian mama yang nak tolong

jaga moklong dan baby, terpaksa jaga seri. macam robot

jadinya mama. lepas dua hari kat sana, seri asyik

meragam. di alex air paipnya panas. hairan sangat

seri. tapi seri tak kisah sangat, sebab kalau air

sejuk untuk mandi, biasanya seri menangis. jadi lepas

dua hari seri meragam, baba bawa mama dan seri

jalan-jalan tepi pantai, seronok sangat. memang baba

bawa mama dan seri betul-betul ke gigi pantai,

terpaksa membelah arab beratus-ratus keluarga untuk

sampai ke gigi laut. 15 minit je kat situ, lepas tu

terus pulang singgah fathallah, nak beli peralatan

mandian johnson&johnson untuk sepupu seri. depan

fathallah tu ada istana raja farouq. kat depan tu ada

bangku kosong, teduh di bawah rumpun pepohon daun

tamar. memang syahdu lepak kat bawah tu. sambil baba

dan mama bincang pasal nak balik ke tak ke cairo, seri

hisap susu dan tertidur la pula. lepas tu masa baba

dan mama naik shopping kat supermarket fathallah, baba

letak seri dalam troli sambil hamparkan kain atas

troli tu. terlena juga seri, sampai satu sudut arab

bising-bising, seri terjaga, tapi tak menangis. sebab

seri suka suasana orang ramai. bila dah siap beli

barang, kami balik kerumah ayohlong. mama buka puasa

dengan air mango dan sedikit kek. kebetulan ramai pula

achik achik yang jaga moklong dan baby. jadi, baba

ambil keputusan minta izin dengan ayohlong untuk

pulang cairo, memandangkan keadaan dah agak ok, dan

seri tak boleh duduk. asyik nak menangis saja. makan

pun tak lalu. mama suapkan zabadi(favourite) seri pun

makan separuh saja. lepas tu pukul 11 malam, ayohlong

hantar kami ke 'mahattah masr' dengan 'keretapi ayam'.

seronok sangat. sampai di mahattah masr dah tak ada

keretapi turbin atau fransawi nak ke cairo. jadi baba

ambil keputusan naik van, sama macam kami datang dulu.

alhamdulilah kami selamat sampai cairo pukul 3.30

pagi. kami semua keletihan, sampai 2 hari 'qadha'

tidur, bangun sekejap sekejap saja untuk selesaikan

urusan wajib. sampai hari ini seri masih ada sikit

sikit angin alex. tapi taklah meragam sangat.

sikit-sikit saja, thihihi. nak jadi cerita, petang

tadi seri naik walker merah seri, tiba-tiba mama buka

pintu peti. seri memang pantang pintu peti dibuka,

favourite seri untuk capai tangan ambil barang dalam

peti. seri bergegas lari dengan walker untuk ke peti.

tiba-tiba walker seri tersangkut dengan carpet lap

kaki dan seri tersungkur jatuh ke lantai. mama panik.

baba tenangkan mama, suruh cepat-cepat angkat seri

yang tersungkur. seri belum menangis pada mulanya,

tapi lepas dengar teriakan mama, seri pun histeria

menangis kuat juga. tengok tengok, hidung dan dagu

seri bengkak sedikit, sikit saja. alhamdulilah. adalah

15 minit baba dan mama pujuk seri bergilir-gilir.

akhirnya seri kembali ok. seri ni agak cepat meragam,

dan mudah kena pujuk. hidung dan dagu seri sampai

malam ni masih ada merah sedikit. waktu seri tidur

dalam buaian, mama sapukan minyak. dan beransur surut

dah. jangan risau lah ya. ok lah, kali ini seri ada

gambar yang mama tangkap semalam, waktu seri temankan

mama sembahyang. mama pakaikan seri 'kain kano'

penutup rambut ketika pakai kain sembahyang. lawak

sangat gambar ni. baba suka tengok. jadi mama cakap

letak saja gambar ini kat blog. ok jangan ketawa ya

tengok gambar seri. iyalah until next post, jumpa lagi

semua, buat ammu-ammu yang mesej seri dekat shoutbox,

terima kasih daun keladi seri ucapkan. ok lah ya, seri

love you all, salam sayang dari seri, byeeee.

Sunday, July 29, 2007

Ungu - Andai Ku Tahu

hari ini seri tak ada gambar nak upload kat sini la. puncanya nak tahu? camera webcam yang baba beli dengan ammu punai beli pakej satu computer tu, dia punya tapak patah. nak tahu sapa yang buat? seri la. hihihi. tu la seri sekarang tak boleh nampak benda menarik sikit, mesti tangan gatal saja rasa nak tarik. lepas tu dah tak guna sangat dah camera tu. macam tak best je. jadi tak ada apalah nak up kan untuk ammu-ammu/achik-achik seri yang datang melawat seri. tapi takpa. ada 'hagah helwa' nanti seri up di akhir tulisan seri kali ni. sebelum up ada cerita disebaliknya. malam tadi pasar minggu. baba, mama dan seri turun juga lah sekejap malam. itu pun sambil teman gerai baba jual taugeh, tauhu dan kicap. kawan baba yang minta tolong jual. dia bagi upah. tapi malam tadi pengunjung dan penjual memang menyedihkan. sikit saja orang datang. mungkin sebab dah banyak bazaar baru saja habis kan. lepas tu akhir bulan pula. lagi-lagi musim tengah panas terik. seri nak turun petang pun baba tak bagi. takut nanti demam panas lagi. nak jadi kan cerita, ammu-ammu dimeja urusetia pun ramai la lepak-lepak takda kerja. iyalah tak ada customer sangatkan. mereka pasangla lagu banyak-banyak. ammu don pilih lagu dan tujukan satu lagu ni untuk ammu ise. ammu ise pula kebetulan masa tu bekas awek dia lalu depan gerai tempat crsytal shuraim. jadi apa lagi, ammu don pun pekenalah ammu ise ni. mama dan seri senyum je tengok. baba pun join ammu don usik ammu ise. nak jadikan cerita, lagu ni baba tak dengar lagi. baba dah lama tak dengar sangat lagu indo sekarang. iyalah sebab banyak layan drama dengan mama, banyak lagu dalam drama saja baba layan. lagu imran ajmain dengan ve dan vince dan banyak lagi. baba pun tanya ammu ise lagu ni lagu apa. kata nya lagu 'ungu - andai ku tahu'. ammu ise cakap album baru ungu banyak mesej berdakwah. so lagu ni kira nya bawa mesej dakwah yang amat bagus untuk kita sama-sama hayati kan. iyalah, nak dengar nasyid baba bukan suka, mama pun dah tak suka sangat nasyid. mendayu-dayu saja mesejnya mendayu juga. tak kisahlah lagu rock sikit pun kalau bawa mesej baik, elok juga kita dengarkan. jadi seri pun nak kongsi la video clip lagu ni dengan semua ya. sebagai posting seri kali ini yang tak ada gambar, seri ganti dengan video clip. boleh ya? 'muta'ssif jiddan' ya semua. ok layankan, seri nak pergi basuh muka sikit, seri kuat main sampai peluh. ok semua, jumpa lagi di lain episod, 'ma3a alfi salam'.

Wednesday, July 25, 2007


empat hari lepas seri demam. lepas tu dua hari lepas
baba pula demam lebih teruk dari seri. hari ni mama
pula baru nak mula demam. tapi seri dah sembuh
sekarang. antara kami bertiga, seri yang paling sikit
demam dan cepat sembuh. alhamdulilah. baba cakap demam
ni kifarat dosa-dosa kita, Allah nak suruh kita sabar
dan memberi kebaikan lain kepada kita. kisahnya demam masa pasar minggu sabtu lepas. seri terlampau excited turun berdua je dengan baba, sebab mama kena simpan rumah yang seri sepahkan. ehehe,
kesian kat mama kan? tu la seri buat mama susah terus
kena demam. lepas tu masa turun baba bawa seri jalan
dengan kereta dan masa tu udara panas sangat. terasa
haba panas walaupun dah malam, nasib baik seri pakai
baju skirt labuh yang nipis. masa kat dalam kereta tu
la baba pasang aircond kuat. ada kawan baba ammu mail
tumpang kereta. jadi dia pun riba lah seri kat sebelah
kerusi baba drive. nak jadikan cerita, seri main main
dengan lubang aircond kat kereta baba tu. terus masuk
debu sebab aircond pasang kuat. tu la sebab demam
antaranya. lepas tu singgah pasar minggu, baba beli
kuih bengkang dari gerai pattani. baba nak suap seri
sebab nampak seri lapar. tapi seri excited main dengan
semua ammu sampai tak nak makan. hihihi. ini lah
pertama kali seri main dengan ammu yang ramai tu tanpa
nangis setitik pun air mata. seri dah biasa dengan
orang ramai dan kawan-kawan baba. jadi seri menggeliat
dan ketawa saja bila ammu dukung. semua ammu hairan
kenapa seri over excited pula malam ni. lepas tu ammu
don ambil seri letak atas meja yang gerai kosong,
dekat meja urusetia isek, penganjur pasar minggu tu.
ammu don suapkan seri kuih bengkang tu. sampai
setengah biji juga seri makan sambil main-main. suka
sangat sebab ramai hurung seri. kenyang la juga seri
dekat pasar minggu tu. kemudian bila balik je, malam
tu seri selsema, keluar hingus banyak juga. mama asyik
sediakan tuala kecil untuk lap. lepas dua hari, seri
sembuh, jangkit dekat baba. baba kuat juga kena sampai
hari ni masih belum kebah sepenuhnya. semalam hari terakhir bazaar. seri tak turun pun sebab demam. hari last tu turun dengan mama dan baba, sebab mama puasa. lepas mama dan baba sembahyang maghrib,
mama dan baba pun bawa seri turun untuk buka puasa kat
bawah. mama makan meehun sup dari gerai isteri cik
razak, pegawai pahang dan kakak-kakak ammu macha dua
orang. baba pula makan mee bakso dari gerai ammu saufi
'soft'lan. sambil tu makan murtabak gerai ammu abu
nadi, dan goreng pisang/keledek dari gerai ammu eko
pahang. banyak juga makan kat meja tu. untuk tak mau
bagi seri kacau mama buka puasa, baba pun bagi seri
dekat ammu din 'teluq' suruh dia bawa jalan-jalan.
seri tak nangis pun. tapi nangis juga kejap masa
terkejut ammu apai tegur seri. hihihi. 'seri ni manja
la, lagu mana nak pi sekolah'..kata ammu din 'teluq'.itu lah sedikit sedutan kisah seri dan baba mama tersayang sepanjang minggu ni. nanti seri cerita lagi ya, tu pun kalau ammu-ammu/achik-achik tak boring kan.ok jumpa lagi yeee...daaaaaaaaaaaa.

p/s: seri tak ada gambar terbaru, sebab demam..takda
mood nak ambil gambar. ni gambar minggu lepas ada
sekeping. layan lah, zas.

Tuesday, July 17, 2007


16.7hari ni ammu ammu dtg rmh seri. 3 orang semua kawan baba. mereka
ialah ammu don, ammu lan dan ammu macha. seronok sangat dapat main
dengan ammu don. seri baru saja bangun lepas tu mama suap seri makan
nasi carrot dengan telur rebus. sedap tau. seri tak pernah pun makan
telor tapi kena biasa kan diri makan telor, sebab mama takut seri
besar nanti tak makan telor susah juga. kat mesir ni susah nak dapat
ikan tambah pula musim panas ni. sotong pun tak ada. asyik asyik
ayam je. boring juga kan. seri suka juga makan daging tapi kalau
seri makan daging susah nak buang air besarrr. lambat hadam kan?
a'aa kan hehehehe. lepas tu seri main main dengan baba dan kacau
baba tgk bola. sejam lepas tu ammu lain pula datang, seri pun nangis
bila ammu tu(ammu macha) nak ambil seri. ya lah seri takut sebab
ammu tu jarang datang rumah seri. seri tak pernah tengok ammu tu.
ammu lan dan ammu amar(macha). sorry ya ammu sebab seri takut kat
ammu. nanti datang lgi ek. pastu baba pujuk seri supaya senyap tapi
seri nk mama. lepas tu mama datang ambil seri masuk bilik 'nenen'
dan main main dengan anak patung nama dia shasha. patung tu
pemberian kak liyana dia dah balik malaysia. dia umur tua 2-3 bulan
dari seri. tu shasha dia lah yang bagi kt seri.
17.7hari ini moklong dan ayohlong datang dari alexandria. diaorang
datang nak hantar kawan diaorang balik malaysia. sukanya seri sebab
boleh manja manja dengan diaorang berdua. mama baba pun suka juga
sebab boleh rest dari jaga seri. ayohlong beli biskut tiger perisa
coklat, biskut tiger dengan biskut tamar memang kegemaran seri.
lepas tu ayohlong suapkan air sirap sejuk dalam gelas dekat mulut
seri. banyak jugak seri minum sampai merah bibir dan pipi. moklong
pula suka riba seri, letak dekat sepupu seri yang masih kat dalam
perut. hari hari seri main dengan diaorang dalam bilik. ayohlong
jenis pendiam je tapi suka dukung seri dan senyum senyum. ok lah,
seri nak main raga yg kat dalam dia mama simpan semua mainan, seri
buang kan satu persatu, nanti moklong isi balik dalam raga, dan seri
sepahkan balik. hihihi. nakalkan seri. seri nak mamam dulu,
daaaaaaa.
p/s: kat atas tu gambar lama seri. masa tu 7 bulan setengah. sekarang dah 9 bulan setengah. tak sabar tunggu birthday dan hadiah dari tokmok dan tokmi. hehehe.

Saturday, July 14, 2007


semalam seri tido awal ngan mama sebab letih sangat. tapi seri bangun lewat sikit hari ni cuma mama je yang bangun awal masak nasi untuk seri dn baba. hari ni seri nak ajak mama dan baba pergi jalan jalan lepas tu nak beli zabadi. seri suka sangat zabadi baladi tu. sedap tau belum cuba belum tau. mama pula asyik nak beli sabun basuh je, iyalah nak kena basuh baju hari hari terutamanya baju seri, banyak sangat yang kena basuh. kenapa tak nya satu hari dua kali tukar, tu kira allright la tu kan? ok la ya, seri nak pergi salin baju baru, sebab baba nak bawa keluar seri jalan jalan. seri pakai topi sebab sekarang ni panas. ok semua, bye bye.

Friday, July 13, 2007


11.7.07

hari ini seri pergi jalan ngan baba dan mama. mama beli air kotak lepas tu seri dah pandai minum sendiri menggunakan straw. sebelum ni seri tak pandai lagi hisap akhirnya seri boleh juga. mama suka sangat sebab seri dapat minum sendiri. sekarang ni musim panas seri kurang tidur, tak tahu kenapa tak boleh tidur. mungkin panas kot. seri main sorang sorang lepas tu seri naik basikal bulat tu, ronda ronda dalam rumah ni seronok sangat. lepas tu jumpa mainan seri gigit-gigit iyalah seri kan nak tumbuh gigi lagi.

Monday, July 9, 2007




hari ini, seri dipaksa ber'possing' oleh mama sebagai jurusolek dan baba sebagai cameraman. letih sangat, semata-mata nak masukkan kat blog seri ni. 3 kali tukar baju, dan tukar scarf ribbon. berpeluh-peluh jugak sampai nak nangis pun ada. mama pun letih asyik pujuk panggil nama seri nak suruh seri focuse kat camera. asyik ketawa je baba dengan mama melihat keletah seri. tangkap gambar pakai camera webcam je, baba takda duit dia cakap. nak beli digital camera. hasil pun tak seberapa. nanti tunggu ammu-ammu yang ada handset canggih-canggih datang rumah seri nak ber'possing' lagi. oklah semua, nak teman baba dengan mama makan cekodok. lihatlah hasil 1/2jam baba mama kerjakan seri. ok love you all.

Saturday, July 7, 2007


assalamualaikum wbrth.


hari ni seri suka sangat sebab baba buka blog untuk seri. mama sedang masak mee sup dengan kangkung rebus, macam mee celup. seri tadi menangis sebab kena tinggal kat bilik sorang-sorang pukul 3 pagi. masa tu baba tengok bola, mama pula masak untuk baba. seri terjaga, takut juga. oklah. ni gambar pertama seri untuk blog ini. gambar ni ambil pakai henset nokia n73 ammu jad kat rumah seri. masa tu ammu jad datang teman baba tengok bola kat rumah. thanks ammu jad. ok mama masak sedap-sedap tau, seri sayang mama. baba pun sayang mama tau.