Thursday, November 29, 2007

Ahlan Wasahlan Tokmi



assalamualaikum wbrth semua..
apa khabar pakcik-pakcik dan makcik-makcik seri? harap semuanya sehat walafiat. seri sekeluarga sihat alhamdulilah. ditambah keceriaan bila nenek seri (ummi baba) datang jalan-jalan ke mesir sempena cuti sekolah ni. tokmi seri ni seorang cikgu. selepas seri lahir 47 hari seri terus berpisah dengannya. kerinduan yang tak tertahan lagi akhirnya tokmi datang untuk tinggal bersama seri selama sebulan lebih. dapatlah seri bermanja dengan sesuka hati sehingga tokmi yang kurang sihat pun makin tak sihat dek kerana karenah seri yang semakin manja. lebih-lebih lagi mama makin busy bila mula kuliah di alexandria. mama pun ada masa untuk study dan kelas tambahan, disamping itu kerap meninggalkan seri bersama tokmi untuk keluar buat urusan kuliah. baba pula busy dengan keretanya yang belum siap-siap lagi repair. lepas satu satu penyakit berjangkit. kesian baba sebab terpaksa lepaskan peluang pekerjaan yang datang dek kerana kereta rosak. semua itu dugaan yang bakal mematangkan kami sekeluarga. yang sedihnya, seri sepatutnya makin matang pemikiran sahaja, tapi perangai tak matang-matang juga, semakin suka meragam. ia lah kan dah tokmi duk duk menatang bagai minyak yang penuh, mana seri tak naik minyak. pun begitu seri yang semakin matang pemikirannya ini sudah mula cepat faham dan cepat ingat sesuatu. kalau tak demam, seri habiskan seharian seri selain meragam seri bermain dan melihat perkara yang menguatkan minda. alhamdulilah dengan cara itu tokmi, baba dan mama sudah boleh tersenyum dek kerana kepintaran seri. kesian tokmi terpaksa bekerja keras untuk rapat dengan seri yang susah rapat dengan orang lain ini. kesian sebab kaki tokmi kurang sihat, baru lepas operation terus datang mesir semata-mata seri. jasa dan kasih sayang tokmi insyALLAH seri akan balas bila besar kelak, amin. ok lah semua tak boleh bercerita panjang, sebab tukang taip tak punya banyak masa sekarang. update pun sekadar nak meletakkan secebis patah kata dan sekeping dua gambar sahaja untuk tatapan semua. ok lah, ilal liqa' ma'as salamah byee

No comments: