Tuesday, September 30, 2008

Happy Birthday To Two Years Old's Seri Delaila Binti Muhammad Hafiz

hari ini 30hb September 2008, genap umur seri dua tahun. dah besar dah. dah lama juga tak update blog. nanti lepas ini ada masa seri update iya. ini gambar terbaru seri, tak ada lah terbaru sangat, tiga empat bulan lepas. nanti lepas ini seri update lah gambar birthday dan hari raya seri. ok semua, doakan seri, baba dan mama panjang umur murah rezki dan diberkati hidup oleh Allah swt. amin.


Thursday, December 6, 2007

Awek Bosnia Herzegovina Yang Bernama Sercheiy Deuleila



assalamualaikum wbrth.. izaayukum antum kullukum? ehehe.. seri sekarang bz layan tokmi..kereta baba dah siap repair..mama pun dah pulang dari alexandria seminggu saja mama kat sana. seri pertama kali berpisah dengan mama. rasa sepi juga lah. tetapi lama kelamaan seri mula serasi dan mula biasa bersama tokmi dan waktu malam tokmi tidur baba pula turn jaga seri. pukul 3-4 pagi pun baba salin lampin..ehehe kesian baba. kita orang dah mula shopping barang-barang tokmi sekarang. tokmi suka periuk tefal, cadangnya nak beli sebiji yang besar. bila dah pergi..biasalah orang perempuan kan, tokmi tu kiranya dikalangan orang yang paling tak suka shopping pun, akhir nya terpengaruh juga dengan kecantikan dan keunikan periuk tefal. akhirnya tokmi beli 3 biji. lepas itu teman mama pergi kuliah lama mama. ada buat urusan lagi sambil jalan-jalan. singgah mana-mana ambil gambar. tokmi kakinya kurang sihat lagi, jadi tak pergi lagi tempat-tempat yang memerlukan tokmi berjalan jauh. jadi kami perlahan-lahan serasikan tokmi dengan keadaan cairo. tokmi paling suka makanan arab yang dia dah belajar makan dulu-dulu dengan arwah tokbah. tokmi suka kosyari, batingan makhalil dan tokmiah. best nya seri dilayan bak puteri raja dikayangan. oklah semua, seri tak sempat letak banyak lagi gambar sebab tukang update blog tak ada masa. so letak sekeping gambar sebiji macam anak orang bosnia herzegovina. sesuai dengan tudung yang mama sarungkan itu memang orang bosnia suka pakai tudung begitu. kena pula dengan muka seri yang putih kepucatan sedikit kemerahan itu kan? wah perasannya. ok semua pada ammu/achik kat mesir, seri ucapkan selamat belajar dan menghadapi imtihan. bittaufiq wannajah. ok semua, sampai jumpa di lain semakan, wassalam.

Thursday, November 29, 2007

Ahlan Wasahlan Tokmi



assalamualaikum wbrth semua..
apa khabar pakcik-pakcik dan makcik-makcik seri? harap semuanya sehat walafiat. seri sekeluarga sihat alhamdulilah. ditambah keceriaan bila nenek seri (ummi baba) datang jalan-jalan ke mesir sempena cuti sekolah ni. tokmi seri ni seorang cikgu. selepas seri lahir 47 hari seri terus berpisah dengannya. kerinduan yang tak tertahan lagi akhirnya tokmi datang untuk tinggal bersama seri selama sebulan lebih. dapatlah seri bermanja dengan sesuka hati sehingga tokmi yang kurang sihat pun makin tak sihat dek kerana karenah seri yang semakin manja. lebih-lebih lagi mama makin busy bila mula kuliah di alexandria. mama pun ada masa untuk study dan kelas tambahan, disamping itu kerap meninggalkan seri bersama tokmi untuk keluar buat urusan kuliah. baba pula busy dengan keretanya yang belum siap-siap lagi repair. lepas satu satu penyakit berjangkit. kesian baba sebab terpaksa lepaskan peluang pekerjaan yang datang dek kerana kereta rosak. semua itu dugaan yang bakal mematangkan kami sekeluarga. yang sedihnya, seri sepatutnya makin matang pemikiran sahaja, tapi perangai tak matang-matang juga, semakin suka meragam. ia lah kan dah tokmi duk duk menatang bagai minyak yang penuh, mana seri tak naik minyak. pun begitu seri yang semakin matang pemikirannya ini sudah mula cepat faham dan cepat ingat sesuatu. kalau tak demam, seri habiskan seharian seri selain meragam seri bermain dan melihat perkara yang menguatkan minda. alhamdulilah dengan cara itu tokmi, baba dan mama sudah boleh tersenyum dek kerana kepintaran seri. kesian tokmi terpaksa bekerja keras untuk rapat dengan seri yang susah rapat dengan orang lain ini. kesian sebab kaki tokmi kurang sihat, baru lepas operation terus datang mesir semata-mata seri. jasa dan kasih sayang tokmi insyALLAH seri akan balas bila besar kelak, amin. ok lah semua tak boleh bercerita panjang, sebab tukang taip tak punya banyak masa sekarang. update pun sekadar nak meletakkan secebis patah kata dan sekeping dua gambar sahaja untuk tatapan semua. ok lah, ilal liqa' ma'as salamah byee

Wednesday, October 31, 2007

Birthday Dan Hari Daya



hari ini 1 november 2007 genap usia seri satu tahun satu bulan. alhamdulilah ada perkembangan menarik diusia ini. malam tadi seri dah boleh berjalan dengan step yang kemas dan betul, tanpa perlu bantuan oleh mama dan baba lagi. syukurlah. mama lah orang paling gembira. dia kan risau anak dia kurang dari anak orang lain, lambat dari orang lain. ala semua ibu kan macam itu. kali ini seri posting gambar kek raya yang pasang lilin, hari itu tak sempat taruk sebab duk dalam kamera yang tak ada usb(kamera biasa la itu). baru saja pergi cuci gambar ini dekat kedai gambar cadeau di hayyu sabik. lepas itu dia bagi satu cd yang didalam cd itu ada semua gambar yang dicuci, bagus jugalah kamera manual pun boleh keluarkan gambar digital dalam cd asal cuci dikedai digital solution. ehehe.



ini pula gambar seri masa hari raya. mama belikan baju raya arab dekat seri. siap ada skirt ropol-ropol ada manik bagai. macamlah seri pandai menari gelek macam bebudak arab. masa hari raya lepas, meriah juga rumah kami dihadiri oleh ramai kawan-kawan baba dan mama dari jam 10 pagi sampai 10 malam. mama dan baba masak nasi beriyani dan kuah daging beriyani. lepas itu menu keluarga ialah rendang ayam sahaja dengan nasi himpit. malam itu masa masak dari jam 12 malam sampai ke subuh seri tak tidur langsung. sampai jam 8 pagi seri mula tidur sampai lah waktu asar. sedihnya tak sempat jumpa orang yang datang beraya awal. tak dapat sangat lah duit raya. itu pun ada amu din teluq bagi segeneh. tapi tak sempat raya dengan ammu din. selamat hari raya dan terima kasih iya ammu din bagi duit raya. bila seri bangun tidur ramai juga lah sempat seri beraya, tapi seri tak ada mood sebab tak cukup tidur. so apa lagi meragam la susah orang nak peluk seri. lepas itu pergi raya rumah kawan-kawan mama baru seri ok sikit hari raya kedua. hari raya pertama tak menarik langsung. lagi menarik hari raya seri masa umur 23 hari kat malaysia ramai datang melawat bagi duit raya kat seri. walaupun seri tak ingat pun siapa, ehehehe. tak apa lah ammu-ammu dan achik-achik datang melawat pun kira ok dah, mengeratkan hubungan silaturahim dan bermaafan kan. ok, sambung cerita malam raya itu. malam itu baba dan mama masak tanpa menghiraukan seri yang sedikit pun tidak meragam. apa tidaknya, baba pasangkan rancangan tomtombak sampai dekat sepuluh siri bertukar-tukar. seri duduk bersila hampir 6-7 jam menonton tanpa henti. seri suka sangat dengan tom tom bak itu. memang seri tak akan lupa menontonnya walaupun sehari. begitu lah ceritanya malam raya seri. oklah mama dah ajak seri pergi tidur. mama sekarangkan dah kena selalu tidur awal, sebab nak latih diri nak masuk kuliah bulan ini, kena bangun pagi fresh kan. biar baba saja sorang tidur. seri nak bangun tengok tom tom bak. hihihi. ok semua, salam sayang dari seri buat kali ini..assalamualaikummmmmmmm.

Sunday, October 21, 2007




kali ini pula cerita sepupu seri yang kedua yang tinggal di alexandria, anak moklong dan ayohlong. namanya iffah insyirah. waktu dia lahir 3 bulan lepas baba, mama dan seri sempat pergi melawat dia di alexandria selama 2 hari. setelah lama tak jumpa, akhirnya seri bersua kembali dengan sepupu seri yang kedua ini bila mereka sekeluarga datang berhariraya di rumah seri. setiap hari seri boleh bermain dengan iffah sekarang. iffah ini mulutnya lebih petah dari seri, walaupun umurnya hampir 3 bulan sahaja, tapi dia suka mengikut perbualan orang dan suka diajak bercakap. entah apa yang dia cakapkan seri pun tak faham. ala seri dulu pun macam itu juga kan. sekarang kami berkongsi buaian siangnya seri tidur pakai buai dan malam iffah pula yang pakai. kakak seri kan sayang adik iffah. begitulah gelagat kami seharian. kali ini seri sertakan gambar sepupu seri ini yang nama penuhnya iffah insyirah bt. ismail. umurnya hampir 3 bulan lahir di hospital alexandria. dia cakap pada seri, awal tahun depan dia nak balik malaysia. ala keseorangan lagi lah seri tak ada kawan. tak apa, kalau jadi akhir bulan 11 ni sepupu seri yang pertama, daniel hakim nak datang jalan-jalan ke mesir. seronok nya. ok lah semua, seri nak berhenti makan nasi, mama baru saja siap masak sup dan ikan goreng. makanan kegemaran seri sekarang tu tau, jangan marah. bye semua muachs tata.

Saturday, October 20, 2007

Sambutan First Birthday Seri




hai semua..rindu seri tak? maalish lah ya akibat line internet buat hal dan baba sibuk dah 3 keluaran patut seri posting tapi tak sempat. jadi seri akan posting satu persatu. dimulakan dengan posting birthday seri yang pertama pada 30 september lepas. hari tu tak lah menarik sangat, kebetulan seri bad mood. baba pun sedang urus urusan kuliah mama, jadi kelam kabut sikit. banyak juga gambar yang kami ambil dengan kek, tapi tak satu pun yang menarik. ni seri posting yang kira paling menarik untuk tatapan semua yang seri sayang kat sini ya. enjoyzz! tunggu 2 lagi posting seri akan keudara byeeeeeeeee.