Sunday, October 21, 2007




kali ini pula cerita sepupu seri yang kedua yang tinggal di alexandria, anak moklong dan ayohlong. namanya iffah insyirah. waktu dia lahir 3 bulan lepas baba, mama dan seri sempat pergi melawat dia di alexandria selama 2 hari. setelah lama tak jumpa, akhirnya seri bersua kembali dengan sepupu seri yang kedua ini bila mereka sekeluarga datang berhariraya di rumah seri. setiap hari seri boleh bermain dengan iffah sekarang. iffah ini mulutnya lebih petah dari seri, walaupun umurnya hampir 3 bulan sahaja, tapi dia suka mengikut perbualan orang dan suka diajak bercakap. entah apa yang dia cakapkan seri pun tak faham. ala seri dulu pun macam itu juga kan. sekarang kami berkongsi buaian siangnya seri tidur pakai buai dan malam iffah pula yang pakai. kakak seri kan sayang adik iffah. begitulah gelagat kami seharian. kali ini seri sertakan gambar sepupu seri ini yang nama penuhnya iffah insyirah bt. ismail. umurnya hampir 3 bulan lahir di hospital alexandria. dia cakap pada seri, awal tahun depan dia nak balik malaysia. ala keseorangan lagi lah seri tak ada kawan. tak apa, kalau jadi akhir bulan 11 ni sepupu seri yang pertama, daniel hakim nak datang jalan-jalan ke mesir. seronok nya. ok lah semua, seri nak berhenti makan nasi, mama baru saja siap masak sup dan ikan goreng. makanan kegemaran seri sekarang tu tau, jangan marah. bye semua muachs tata.

1 comment:

Ahmed Al-Sabbagh said...

i like this soooooooo much