Wednesday, October 31, 2007

Birthday Dan Hari Daya



hari ini 1 november 2007 genap usia seri satu tahun satu bulan. alhamdulilah ada perkembangan menarik diusia ini. malam tadi seri dah boleh berjalan dengan step yang kemas dan betul, tanpa perlu bantuan oleh mama dan baba lagi. syukurlah. mama lah orang paling gembira. dia kan risau anak dia kurang dari anak orang lain, lambat dari orang lain. ala semua ibu kan macam itu. kali ini seri posting gambar kek raya yang pasang lilin, hari itu tak sempat taruk sebab duk dalam kamera yang tak ada usb(kamera biasa la itu). baru saja pergi cuci gambar ini dekat kedai gambar cadeau di hayyu sabik. lepas itu dia bagi satu cd yang didalam cd itu ada semua gambar yang dicuci, bagus jugalah kamera manual pun boleh keluarkan gambar digital dalam cd asal cuci dikedai digital solution. ehehe.



ini pula gambar seri masa hari raya. mama belikan baju raya arab dekat seri. siap ada skirt ropol-ropol ada manik bagai. macamlah seri pandai menari gelek macam bebudak arab. masa hari raya lepas, meriah juga rumah kami dihadiri oleh ramai kawan-kawan baba dan mama dari jam 10 pagi sampai 10 malam. mama dan baba masak nasi beriyani dan kuah daging beriyani. lepas itu menu keluarga ialah rendang ayam sahaja dengan nasi himpit. malam itu masa masak dari jam 12 malam sampai ke subuh seri tak tidur langsung. sampai jam 8 pagi seri mula tidur sampai lah waktu asar. sedihnya tak sempat jumpa orang yang datang beraya awal. tak dapat sangat lah duit raya. itu pun ada amu din teluq bagi segeneh. tapi tak sempat raya dengan ammu din. selamat hari raya dan terima kasih iya ammu din bagi duit raya. bila seri bangun tidur ramai juga lah sempat seri beraya, tapi seri tak ada mood sebab tak cukup tidur. so apa lagi meragam la susah orang nak peluk seri. lepas itu pergi raya rumah kawan-kawan mama baru seri ok sikit hari raya kedua. hari raya pertama tak menarik langsung. lagi menarik hari raya seri masa umur 23 hari kat malaysia ramai datang melawat bagi duit raya kat seri. walaupun seri tak ingat pun siapa, ehehehe. tak apa lah ammu-ammu dan achik-achik datang melawat pun kira ok dah, mengeratkan hubungan silaturahim dan bermaafan kan. ok, sambung cerita malam raya itu. malam itu baba dan mama masak tanpa menghiraukan seri yang sedikit pun tidak meragam. apa tidaknya, baba pasangkan rancangan tomtombak sampai dekat sepuluh siri bertukar-tukar. seri duduk bersila hampir 6-7 jam menonton tanpa henti. seri suka sangat dengan tom tom bak itu. memang seri tak akan lupa menontonnya walaupun sehari. begitu lah ceritanya malam raya seri. oklah mama dah ajak seri pergi tidur. mama sekarangkan dah kena selalu tidur awal, sebab nak latih diri nak masuk kuliah bulan ini, kena bangun pagi fresh kan. biar baba saja sorang tidur. seri nak bangun tengok tom tom bak. hihihi. ok semua, salam sayang dari seri buat kali ini..assalamualaikummmmmmmm.

No comments: