Wednesday, October 31, 2007

Birthday Dan Hari Daya



hari ini 1 november 2007 genap usia seri satu tahun satu bulan. alhamdulilah ada perkembangan menarik diusia ini. malam tadi seri dah boleh berjalan dengan step yang kemas dan betul, tanpa perlu bantuan oleh mama dan baba lagi. syukurlah. mama lah orang paling gembira. dia kan risau anak dia kurang dari anak orang lain, lambat dari orang lain. ala semua ibu kan macam itu. kali ini seri posting gambar kek raya yang pasang lilin, hari itu tak sempat taruk sebab duk dalam kamera yang tak ada usb(kamera biasa la itu). baru saja pergi cuci gambar ini dekat kedai gambar cadeau di hayyu sabik. lepas itu dia bagi satu cd yang didalam cd itu ada semua gambar yang dicuci, bagus jugalah kamera manual pun boleh keluarkan gambar digital dalam cd asal cuci dikedai digital solution. ehehe.



ini pula gambar seri masa hari raya. mama belikan baju raya arab dekat seri. siap ada skirt ropol-ropol ada manik bagai. macamlah seri pandai menari gelek macam bebudak arab. masa hari raya lepas, meriah juga rumah kami dihadiri oleh ramai kawan-kawan baba dan mama dari jam 10 pagi sampai 10 malam. mama dan baba masak nasi beriyani dan kuah daging beriyani. lepas itu menu keluarga ialah rendang ayam sahaja dengan nasi himpit. malam itu masa masak dari jam 12 malam sampai ke subuh seri tak tidur langsung. sampai jam 8 pagi seri mula tidur sampai lah waktu asar. sedihnya tak sempat jumpa orang yang datang beraya awal. tak dapat sangat lah duit raya. itu pun ada amu din teluq bagi segeneh. tapi tak sempat raya dengan ammu din. selamat hari raya dan terima kasih iya ammu din bagi duit raya. bila seri bangun tidur ramai juga lah sempat seri beraya, tapi seri tak ada mood sebab tak cukup tidur. so apa lagi meragam la susah orang nak peluk seri. lepas itu pergi raya rumah kawan-kawan mama baru seri ok sikit hari raya kedua. hari raya pertama tak menarik langsung. lagi menarik hari raya seri masa umur 23 hari kat malaysia ramai datang melawat bagi duit raya kat seri. walaupun seri tak ingat pun siapa, ehehehe. tak apa lah ammu-ammu dan achik-achik datang melawat pun kira ok dah, mengeratkan hubungan silaturahim dan bermaafan kan. ok, sambung cerita malam raya itu. malam itu baba dan mama masak tanpa menghiraukan seri yang sedikit pun tidak meragam. apa tidaknya, baba pasangkan rancangan tomtombak sampai dekat sepuluh siri bertukar-tukar. seri duduk bersila hampir 6-7 jam menonton tanpa henti. seri suka sangat dengan tom tom bak itu. memang seri tak akan lupa menontonnya walaupun sehari. begitu lah ceritanya malam raya seri. oklah mama dah ajak seri pergi tidur. mama sekarangkan dah kena selalu tidur awal, sebab nak latih diri nak masuk kuliah bulan ini, kena bangun pagi fresh kan. biar baba saja sorang tidur. seri nak bangun tengok tom tom bak. hihihi. ok semua, salam sayang dari seri buat kali ini..assalamualaikummmmmmmm.

Sunday, October 21, 2007




kali ini pula cerita sepupu seri yang kedua yang tinggal di alexandria, anak moklong dan ayohlong. namanya iffah insyirah. waktu dia lahir 3 bulan lepas baba, mama dan seri sempat pergi melawat dia di alexandria selama 2 hari. setelah lama tak jumpa, akhirnya seri bersua kembali dengan sepupu seri yang kedua ini bila mereka sekeluarga datang berhariraya di rumah seri. setiap hari seri boleh bermain dengan iffah sekarang. iffah ini mulutnya lebih petah dari seri, walaupun umurnya hampir 3 bulan sahaja, tapi dia suka mengikut perbualan orang dan suka diajak bercakap. entah apa yang dia cakapkan seri pun tak faham. ala seri dulu pun macam itu juga kan. sekarang kami berkongsi buaian siangnya seri tidur pakai buai dan malam iffah pula yang pakai. kakak seri kan sayang adik iffah. begitulah gelagat kami seharian. kali ini seri sertakan gambar sepupu seri ini yang nama penuhnya iffah insyirah bt. ismail. umurnya hampir 3 bulan lahir di hospital alexandria. dia cakap pada seri, awal tahun depan dia nak balik malaysia. ala keseorangan lagi lah seri tak ada kawan. tak apa, kalau jadi akhir bulan 11 ni sepupu seri yang pertama, daniel hakim nak datang jalan-jalan ke mesir. seronok nya. ok lah semua, seri nak berhenti makan nasi, mama baru saja siap masak sup dan ikan goreng. makanan kegemaran seri sekarang tu tau, jangan marah. bye semua muachs tata.

Saturday, October 20, 2007

Sambutan First Birthday Seri




hai semua..rindu seri tak? maalish lah ya akibat line internet buat hal dan baba sibuk dah 3 keluaran patut seri posting tapi tak sempat. jadi seri akan posting satu persatu. dimulakan dengan posting birthday seri yang pertama pada 30 september lepas. hari tu tak lah menarik sangat, kebetulan seri bad mood. baba pun sedang urus urusan kuliah mama, jadi kelam kabut sikit. banyak juga gambar yang kami ambil dengan kek, tapi tak satu pun yang menarik. ni seri posting yang kira paling menarik untuk tatapan semua yang seri sayang kat sini ya. enjoyzz! tunggu 2 lagi posting seri akan keudara byeeeeeeeee.