Wednesday, October 31, 2007

Birthday Dan Hari Daya



hari ini 1 november 2007 genap usia seri satu tahun satu bulan. alhamdulilah ada perkembangan menarik diusia ini. malam tadi seri dah boleh berjalan dengan step yang kemas dan betul, tanpa perlu bantuan oleh mama dan baba lagi. syukurlah. mama lah orang paling gembira. dia kan risau anak dia kurang dari anak orang lain, lambat dari orang lain. ala semua ibu kan macam itu. kali ini seri posting gambar kek raya yang pasang lilin, hari itu tak sempat taruk sebab duk dalam kamera yang tak ada usb(kamera biasa la itu). baru saja pergi cuci gambar ini dekat kedai gambar cadeau di hayyu sabik. lepas itu dia bagi satu cd yang didalam cd itu ada semua gambar yang dicuci, bagus jugalah kamera manual pun boleh keluarkan gambar digital dalam cd asal cuci dikedai digital solution. ehehe.



ini pula gambar seri masa hari raya. mama belikan baju raya arab dekat seri. siap ada skirt ropol-ropol ada manik bagai. macamlah seri pandai menari gelek macam bebudak arab. masa hari raya lepas, meriah juga rumah kami dihadiri oleh ramai kawan-kawan baba dan mama dari jam 10 pagi sampai 10 malam. mama dan baba masak nasi beriyani dan kuah daging beriyani. lepas itu menu keluarga ialah rendang ayam sahaja dengan nasi himpit. malam itu masa masak dari jam 12 malam sampai ke subuh seri tak tidur langsung. sampai jam 8 pagi seri mula tidur sampai lah waktu asar. sedihnya tak sempat jumpa orang yang datang beraya awal. tak dapat sangat lah duit raya. itu pun ada amu din teluq bagi segeneh. tapi tak sempat raya dengan ammu din. selamat hari raya dan terima kasih iya ammu din bagi duit raya. bila seri bangun tidur ramai juga lah sempat seri beraya, tapi seri tak ada mood sebab tak cukup tidur. so apa lagi meragam la susah orang nak peluk seri. lepas itu pergi raya rumah kawan-kawan mama baru seri ok sikit hari raya kedua. hari raya pertama tak menarik langsung. lagi menarik hari raya seri masa umur 23 hari kat malaysia ramai datang melawat bagi duit raya kat seri. walaupun seri tak ingat pun siapa, ehehehe. tak apa lah ammu-ammu dan achik-achik datang melawat pun kira ok dah, mengeratkan hubungan silaturahim dan bermaafan kan. ok, sambung cerita malam raya itu. malam itu baba dan mama masak tanpa menghiraukan seri yang sedikit pun tidak meragam. apa tidaknya, baba pasangkan rancangan tomtombak sampai dekat sepuluh siri bertukar-tukar. seri duduk bersila hampir 6-7 jam menonton tanpa henti. seri suka sangat dengan tom tom bak itu. memang seri tak akan lupa menontonnya walaupun sehari. begitu lah ceritanya malam raya seri. oklah mama dah ajak seri pergi tidur. mama sekarangkan dah kena selalu tidur awal, sebab nak latih diri nak masuk kuliah bulan ini, kena bangun pagi fresh kan. biar baba saja sorang tidur. seri nak bangun tengok tom tom bak. hihihi. ok semua, salam sayang dari seri buat kali ini..assalamualaikummmmmmmm.

Sunday, October 21, 2007




kali ini pula cerita sepupu seri yang kedua yang tinggal di alexandria, anak moklong dan ayohlong. namanya iffah insyirah. waktu dia lahir 3 bulan lepas baba, mama dan seri sempat pergi melawat dia di alexandria selama 2 hari. setelah lama tak jumpa, akhirnya seri bersua kembali dengan sepupu seri yang kedua ini bila mereka sekeluarga datang berhariraya di rumah seri. setiap hari seri boleh bermain dengan iffah sekarang. iffah ini mulutnya lebih petah dari seri, walaupun umurnya hampir 3 bulan sahaja, tapi dia suka mengikut perbualan orang dan suka diajak bercakap. entah apa yang dia cakapkan seri pun tak faham. ala seri dulu pun macam itu juga kan. sekarang kami berkongsi buaian siangnya seri tidur pakai buai dan malam iffah pula yang pakai. kakak seri kan sayang adik iffah. begitulah gelagat kami seharian. kali ini seri sertakan gambar sepupu seri ini yang nama penuhnya iffah insyirah bt. ismail. umurnya hampir 3 bulan lahir di hospital alexandria. dia cakap pada seri, awal tahun depan dia nak balik malaysia. ala keseorangan lagi lah seri tak ada kawan. tak apa, kalau jadi akhir bulan 11 ni sepupu seri yang pertama, daniel hakim nak datang jalan-jalan ke mesir. seronok nya. ok lah semua, seri nak berhenti makan nasi, mama baru saja siap masak sup dan ikan goreng. makanan kegemaran seri sekarang tu tau, jangan marah. bye semua muachs tata.

Saturday, October 20, 2007

Sambutan First Birthday Seri




hai semua..rindu seri tak? maalish lah ya akibat line internet buat hal dan baba sibuk dah 3 keluaran patut seri posting tapi tak sempat. jadi seri akan posting satu persatu. dimulakan dengan posting birthday seri yang pertama pada 30 september lepas. hari tu tak lah menarik sangat, kebetulan seri bad mood. baba pun sedang urus urusan kuliah mama, jadi kelam kabut sikit. banyak juga gambar yang kami ambil dengan kek, tapi tak satu pun yang menarik. ni seri posting yang kira paling menarik untuk tatapan semua yang seri sayang kat sini ya. enjoyzz! tunggu 2 lagi posting seri akan keudara byeeeeeeeee.

Saturday, September 29, 2007

Alien Nyanyi Happy Birthday Kat Seri :)

Happy Birthday Seri Delaila #1


Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaa
rindunyaaaaaaaaaa seri kat semua kat sini. maaf lah internet kat rumah seri baru saja kembali syaghal. so baru sekarang baru boleh update blog

nak tahu tak? hari ini birthday seri yang pertamaaaaaaaaa
30/09/07 seri dah berumur 1 tahun, dilahirkan pada pukul 3.30am, yang mana waktu 3.30am tadi baba dan mama seri tengah bersahur. mereka berdua kejutkan seri dari tidur dan nyanyikan 'sanah helwa ya gamelah'. bestnya. petang ini seri nak sambut birthday kat carrefour. tunggu ya nanti seri update gambar kek birthday seri ya. ok semua, doakan seri semoga semakin pintar, cerdas, cergas dan sopan serta beradab. byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Wednesday, August 8, 2007


p/s: lupa nak taruk gambar sepupu pertama seri, kat malaysia. nama dia Muhammad Daniel Hakeem. umur dia sekarang 3 bulan setengah. nanti seri taruk gambar sepupu kedua seri yang kat alexandria ya. sekarang tak tahu lagi nama dia apa. ok, layan, zasssssssss.

assalamualaikum semua...wazzup2x
sorrylah lamanya seri tak posting kat blog seri kan?

maaflah ya. dah 5 hari pulang dari alexandria,

penatnya baru saja hilang. tapi pembawakan 'buat

perangai' alex tu masih lagi ada. cerita masa pergi

sana, macam alex ni tak suka sangat kat seri. iyalah,

ada beberapa sebabnya. satu, baba dan mama 'musta3gel'

sangat nak kesana, sebab seri dah dapat sepupu

kedua(anak moklong). sepupu seri ni dilahirkan awal

dari yang di jangkakan. jadi preparation untuk sambut

baby pun tak ada sangat la kan. jadi mama kesiankan

moklong, bawalah banyak barang-barang seri yang seri

dah tak pakai(sebab tak muat, dan outdated). bila

sampai sana, keadaan rumah yang tak bersedia, tentulah

tak sesuai dengan seri yang memang seorang yang

'homesick'. seri tak pernah tidur rumah orang lain,

tak pernah bermalam dirumah orang lain sehari suntuk.

lepastu pula, cuaca alex sebelah 'ibli' kurang nyaman

sebab rumahnya tersusun rapat-rapat. rumah ayohlong

ditutupi oleh empat imarah belakang, depan, kiri dan

kanan. seri kepanasan. jadi seri pun 'buat perangai'

lah. kesian baby sepupu seri tu, banyak seri nangis

dari dia, hihihi. baba pun tak ada tempat tidur, ya

lah dah tergesa-gesa macam tu, bilik tidur tetamu tak

sempat disediakan. tak apa, baba faham. baba pergi

tidur rumah kawannya. tapi kesian mama yang nak tolong

jaga moklong dan baby, terpaksa jaga seri. macam robot

jadinya mama. lepas dua hari kat sana, seri asyik

meragam. di alex air paipnya panas. hairan sangat

seri. tapi seri tak kisah sangat, sebab kalau air

sejuk untuk mandi, biasanya seri menangis. jadi lepas

dua hari seri meragam, baba bawa mama dan seri

jalan-jalan tepi pantai, seronok sangat. memang baba

bawa mama dan seri betul-betul ke gigi pantai,

terpaksa membelah arab beratus-ratus keluarga untuk

sampai ke gigi laut. 15 minit je kat situ, lepas tu

terus pulang singgah fathallah, nak beli peralatan

mandian johnson&johnson untuk sepupu seri. depan

fathallah tu ada istana raja farouq. kat depan tu ada

bangku kosong, teduh di bawah rumpun pepohon daun

tamar. memang syahdu lepak kat bawah tu. sambil baba

dan mama bincang pasal nak balik ke tak ke cairo, seri

hisap susu dan tertidur la pula. lepas tu masa baba

dan mama naik shopping kat supermarket fathallah, baba

letak seri dalam troli sambil hamparkan kain atas

troli tu. terlena juga seri, sampai satu sudut arab

bising-bising, seri terjaga, tapi tak menangis. sebab

seri suka suasana orang ramai. bila dah siap beli

barang, kami balik kerumah ayohlong. mama buka puasa

dengan air mango dan sedikit kek. kebetulan ramai pula

achik achik yang jaga moklong dan baby. jadi, baba

ambil keputusan minta izin dengan ayohlong untuk

pulang cairo, memandangkan keadaan dah agak ok, dan

seri tak boleh duduk. asyik nak menangis saja. makan

pun tak lalu. mama suapkan zabadi(favourite) seri pun

makan separuh saja. lepas tu pukul 11 malam, ayohlong

hantar kami ke 'mahattah masr' dengan 'keretapi ayam'.

seronok sangat. sampai di mahattah masr dah tak ada

keretapi turbin atau fransawi nak ke cairo. jadi baba

ambil keputusan naik van, sama macam kami datang dulu.

alhamdulilah kami selamat sampai cairo pukul 3.30

pagi. kami semua keletihan, sampai 2 hari 'qadha'

tidur, bangun sekejap sekejap saja untuk selesaikan

urusan wajib. sampai hari ini seri masih ada sikit

sikit angin alex. tapi taklah meragam sangat.

sikit-sikit saja, thihihi. nak jadi cerita, petang

tadi seri naik walker merah seri, tiba-tiba mama buka

pintu peti. seri memang pantang pintu peti dibuka,

favourite seri untuk capai tangan ambil barang dalam

peti. seri bergegas lari dengan walker untuk ke peti.

tiba-tiba walker seri tersangkut dengan carpet lap

kaki dan seri tersungkur jatuh ke lantai. mama panik.

baba tenangkan mama, suruh cepat-cepat angkat seri

yang tersungkur. seri belum menangis pada mulanya,

tapi lepas dengar teriakan mama, seri pun histeria

menangis kuat juga. tengok tengok, hidung dan dagu

seri bengkak sedikit, sikit saja. alhamdulilah. adalah

15 minit baba dan mama pujuk seri bergilir-gilir.

akhirnya seri kembali ok. seri ni agak cepat meragam,

dan mudah kena pujuk. hidung dan dagu seri sampai

malam ni masih ada merah sedikit. waktu seri tidur

dalam buaian, mama sapukan minyak. dan beransur surut

dah. jangan risau lah ya. ok lah, kali ini seri ada

gambar yang mama tangkap semalam, waktu seri temankan

mama sembahyang. mama pakaikan seri 'kain kano'

penutup rambut ketika pakai kain sembahyang. lawak

sangat gambar ni. baba suka tengok. jadi mama cakap

letak saja gambar ini kat blog. ok jangan ketawa ya

tengok gambar seri. iyalah until next post, jumpa lagi

semua, buat ammu-ammu yang mesej seri dekat shoutbox,

terima kasih daun keladi seri ucapkan. ok lah ya, seri

love you all, salam sayang dari seri, byeeee.